Hikmah sampai rumah lambat - Jumpa Medicine student dari india

Assalamualaikum ! ! !


     Wacayaaaa memang dah lama gyle tak ketang ketung keyboard nehh. Weehehehe~ Excited nehh excited ! Okay title macam gedik gyle merajuk sebab sampai rumah lambat kan? Cehh~

      Siapa tak excited kan cuti 1.8.2013 ? Aku macam nak gyle bonda bagitau boleh balik awal macam tu sekali. Pelik jugak. Sejak bila SAIS boleh cuti lelama gini? Masa tu memang macam duduk kat hujung dunia tak tau apa perkembangan semasa. Padahal, orang lain ramai lagi lagi dah tau balik awal. Cehhh ==' Okay back to the story, memang awal gyle aku bagi duit kat Sir suruh beli tiket. Act, boleh je nak suruh Mama beli tapi takut tak confirm balik 1 or 5 haribulan masa tu. 

     Dipendekkan time by time aku sibuk dok tanya pasal tiket kat Sir. Dia kata dah booked tiket tu cuma tak ambil je lagi. Dua kali dia bagi jawapan sama. Aku pun buat-buat confident  la sebab muka dia confident gyle kot. Pastu masa 31.7.2013 dia panggil aku kata tiket tu dah kena jual sebab orang yang jaga tu tukar shift dengan kawan dia. Kawan dia tu pulak taktau yang dah ada orang booked tiket tu. Dia pun pergi jual tiket tu kat orang lain. Can you imagine masa tu? Memang habis tahan nangis je masa tu. Tapi nampak mata dah merah gila. Pastu Sir ni pulak pergi marah aku balik. 


"Alah balik lewat sehari je pun awak ni, tu pun nak nangis. Cuti 2 minggu kot. Banyak lagi masa"

    
Aku tak boleh nak salahkan dia 100% jugak. Memang dia salah sebab tak ambil tiket tu awal-awal. Tapi aku consider la bini dia pregnant, takkan la nak pergi Jerteh semata-semata nak ambil tiket aku. Setiu tu memang ada bustand tapi kecik je la. So semua orang nak naik kat Jerteh, ada lah jugak Econjaya, bazar, foodcourt & whatsoever. Sejam lebih jugak la pergi balik dari SAIS. Orang yang jual tiket tu pun salah jugak, awat dia tak bagitau kawan dia jangan jual tiket tu. Tapi aku consider dia lupa kot. So overally, fikir maybe ada hikmah disebaliknya.

      So, satu hari tu duduk rumah Cek Long la. Nasib baik Cek long takde kursus or event lain. Then, hari Jumaat tu ada taklim. Dah habis taklim, tuan rumah tu ada tunjuk buku resepi. Kemaen la semangat aku & Dik salin resepi tu. Bukan salin, amek gambar je pun ==' Then, balik rumah rasa macam berkobar-kobar nak buat puding roti karamel. Okay then pergi kedai beli bahan, beli tepung jagung & susu cair je pun. The rest is our time. Muehehe~ Excitedly balik rumah tu, lepas solat asar terus masuk dapur. Carik roti, buat gula hangus, blender susu cair + telur + roti 2 keping. Masuk dalam kukus. Tunggu 30 minit && DONE! So, tinggal tunggu buka je la masa tu.


     Hasilnya? Sedap !! Serious tak tipu, ni bukan nak puji diri sendiri. Tapi benda alah tu memang sedap. Ngehehe~ Sengih la memanjang aku dengan Dik ni. Okay malam tu baru aku naik bas (2.8.2013).
So, lepas buka tu terus solat jamak Maghrib + Isyak. Then, solat terawih kejap. Solat sendiri-sendiri je la. Baru Cek Long hantar pergi bustand.


     Okay ni part bestnya, guess siapa yang duduk sebelah aku masa tu. Kak Ain! Hehh Kak Ain mana pulak ni? Okay aku baru kenal jugak, dia buat Medic dari India. Tapi dia tajaan MARA. Under program USM colaborate dengan India. Dia tak amek A-Level tapi dia amek IB tak silap. Aku dengar je cerita tapi aku tak pasti lah istilah yang aku tulis ni betul ke tak. Dia pun cerita la memang tough pun jadi doctor. Dia pun habis struggle nak kekalkan pointer dia. Then dia kata, kalau niat kita nak jadi doktor sebab gaji besar. Memang tak kemana lah kita. Sebab doktor kerja je macam nak gila. Tapi gaji seciput je. Nak fikir gaji besar, tunggu buat specialist nuu haaa. Tang tu umur dah 40-50-an dah baru boleh rasa relax & $ banyak.

    Jadi doktor ni kita memang kena dekat dengan Allah untuk kuatkan diri. Ada je orang yang baru masuk HO (Hour Officer) satu hari dah give up taknak continue jadi doktor. Masa tu memang membazir la belajar 4-5 tahun. Nak kerja lain pun, bukan boleh simply masuk gitu je. Kena start buat degree untuk course lain pulak. Dah berapa banyak tahun lagi nak habis? So, yang nak jadi doktor. Kena fikir & istikharah betul-betul. Tak boleh fikir nak gaji banyak semata-mata, tapi kena fikir amanah kita terhadap orang lain. Kita kena fikir masa depan diri kita. For an example, kita belajar kat Ireland kan? Janganlah lepas habis belajar nak stick situ. Dengan alasan gaji lagi tinggi drpd kerja kat Malaysia. Kita pergi sana pun Malaysia yang tanggung. Tujuannya untuk kita berkhidmat kat negara sendiri. Tapi kalau kita kerja kat negara lain, rugi je lah duit yang dilaburkan untuk kita tu,

         Once kita jadi doctor, seumur hidup kita kena berkorban. On callnya, takde masa untuk family, takde masa nak enjoy. Nothing wehh. That's why nak cari jodoh pun kena cari yang betul-betul faham keadaan diri kita. Kalau yang tak understanding mana tu, tu yang jadi cerai-berai, gaduh-gaduh. That's why, if you are from secondary school or other else, start your istikharah prayer from now. So that, all of the decision that you make is the guidance from Allah.

         Siapa yang ambil medic ni, humanity dia akan lebih pada orang biasa. Dia akan tengok somebody bukan setakat kulit, tapi lebih dalam daripada tu. Dia akan lebih merasai kebesaran Allah sebab dia dah teroka badan manusia. So, adalah menjadi satu amanah untuk dia pegang untuk selamatkan nyawa orang. Ada satu hadis Nabi ni bermaksud sesiapa yang diberi amanah untuk menyelamatkan nyawa orang, ibarat dia memegang nyawa umat sekalian alam. Lebih kurang macam tu lah hadis dia.

         Siapa yang rasa diri dia down & rasa nak give up jadi doktor tu cuba dekatkan diri dengan Allah. Muhasabah diri & betulkan niat kenapa kita nak jadi doktor. Minta Dia kuatkan hati kita untuk berbakti untuk manusia sejagat. Well, Dia je yang pegang hati kita kan? Dia yang keraskan hati, lembutkan hati, menjadikan kita membenci, mencintai sesuatu perkara itu. Lepas tu, bayangkan muka mak ayah kita. Insya-Allah, all the challenges that we face will not weaken but inspire us.

      Hamboihhh Ustazah Pilihan sorang nehhh. Hahaha. Tak pilihan mana pun, sebab ni semua aku ulas balik apa yang Kak Ain cerita. Memang for the whole night cakap pasal doctor je. Dia pun tak boleh ulas banyak sebab baru first year. Tapi apa yang dia cerita malam tu memang lebih pada cukup. Teknik dia belajar, keadaan dekat India, perbandingan Medic kat UK, Ireland & Indonesia, memang banyak. Suka sangat cara dia explain, memang menjawab persoalan aku selama ni. Hohoho~


       Kak Ain kata SPM ni sebenarnya kena jawab soalan je sebab soalan dia ulang setiap tahun. Masa dia SPM dulu, tidur sejam je sebab nak study. Malam dia study sampai pukul 4, esoknya dia berkepit dengan cikgu tanya apa yang dia tak faham. Setiap hari dia wajibkan  untuk jawab 20 soalan Addmath. Dia kata subjek elektif lain B, tapi Addmath A/A+ masa ambil Asasi nanti dia still boleh consider kita untuk masuk Asasi Sains. Tapi kalau Addmath B, haihaibaibai je la. Peluang mungkin ada, tapi kenalah compete dengan orang lain yang lebih terror kan?

    Kalau dekat India (Manipal & program under USM ni), facilities dia memang sama dengan Malaysia. Tapi kalau uni lain memang facilities dia low. Tapi bagusnya dekat India, satu mayat tu kongsi 10 orang je. Lecturer pulak memang tiptop la. Kos hidup pun rendah. Kebanyakan penyakit dorang tally dengan Malaysia. So, tak kekok sangat lah kalau kita balik Malaysia lepas habis belajar. Yang tak bestnya, keadaan negara tu kotor & might be tak selamat untuk certain negeri sebab kes rogol memang tinggi. So, girls jangan jalan sesorang kalau pergi India.

    Kalau kat UK / Ireland pulak, facilities & lecturer memang tiptop. Sampaikan masa kita balik Malaysia, memang takkan ada teknologi tu dekat sini. Tapi praktikal dorang kurang. Bayanglah, 1 mayat kena kongsi 30 orang. Bedah & kerja-kerja teroka mayat tu cuma lecturer je boleh buat. Apa guna jadi doctor kalau takde practical kan? Yang best gilanya pulak, cuti dorang lama. So, student yang tak balik Malaysia tu akan habiskan masa dorang untuk jelajah satu Europe. Best kan?

     Kalau dia Indonesia pulak, hand korang akan expert gila. Yelah, kadar pesakit & penyakit di Indonesia lagi tinggi dari bilangan doktor yg ada. Sampaikan dia absorb student untuk buat kerja doktor. So tak heranlah ada sorang kawan Kak Ain ni, baru 4 tahun dah sempat sambut baby. Cuma facilities & lecturer dorang kurang mantop sikitlah.


Okay, banyak jugak aku dapat share harini. Tak banyak, adalah jugak sikit ilmu yang korang dapat. So, selamat berbuka guysss! =)














      

No comments:

Post a Comment