Just wanna say.

Assalamualaikum & Hye.


      Agak-agak apa la yang nak dikata  tu kan? Hehehe. Okay, aku sangat-sangat dan sangat bersyukur sebab dapat tawaran pergi SM Sains Setiu, Terengganu. Ya, aku kat Johor, dapat kat Terengganu. Hahahaha. Apa-apa pun Alhamdulillah :)

     Masa hari Khamis hari itu, tengah rehat kat kantin dgn Nadhirah, Seri & Wada. Then, aku ternampak Lilis pegang kertas semakan SBP. Dah terjerit-jerit aku tanya "Dah keluar ke wehhh? Bila? Bila? Aaaaaaaaaaaa! Aku nak check! Aku nak tengok! Aku nak internet!" Okay aku memang excited bab-bab pindah sekolah ni. Hahahah. Then Nadhirah dah merengek-rengek cakap " Alah wehhhh janganlah pindah". Rengekan itu pun disambung Seri & Wada.  Ahhh aku tak kira aku nak jugak tengok. Tapi faham-faham la kan. Hari tu takde subjek ICT. Dah tu pulak ada kawad, balik pukul 5. Memang nak meletup jantung ni. Sampai Add Math pun tak boleh fokus. Habis sekolah, aku solat kat surau. Memang doa gila-gila ah nak dapat SBP.

          Then aku nak teman Wana cari tudung drpd budak asrama. Tiba-tiba Aqilah mai. Aku pun tinggal la Wana kat Aqilah. pastu lari pecut 5m pergi Pusat Akses Sekolah. Haaa time tu memang kecoh gyle lah SBP dah keluar. Budak-budak asrama pun pergilah situ sebab perkhidamatan CC ada disediakan. Hahaha. Aku malas nak lama-lama, then aku tumpang Qama punya PC nak check. Berdebar gilaaaaaaaaaaaaaaaaa. Udah ler lembab! ='= Then bila keluar  aku nampak perkataan "SETIU" je. Memang lompat habis lah. Terjerit-jerit bagai. Budak-budak lain dah pelik dah. Hahahhah.

     Then aku blah pegi kantin. Nak bagi tahu Nadhirah. Mula-mula aku taknak bagi tahu tapi takut dia kecik hati pulak aku tak bagi tahu dia. Masa tu dia buat kerja. Lepas aku bagi tahu, meraung terus dia. Ahhh dah lah aku tak reti pujuk orang. Then Seri datang dengan muka blur. Then dia tanya "Nisa kau dapat ehhh?". "Yup". "Alaaa wehhh". Aku diam je. Sibuk melayan Nadhirah yang tak berhenti lagi nanges. Then aku tengok mata Seri dah merah. Okay, kerja aku ni nak buat orang sedih je ke? Berapa kali dah dorang cakap, jangan pindah jangan pindahhhhh! Oh goshhh! Tapi aku nak pindahh. Err fanatik betul  ='(

    Esoknya ada merentas desa. Pagi tu, aku gosip-gosip dengan Wada. Tiba-tiba tersasul cakap yang aku dapat SBP. "Hahh? Kau dapat" " Laa kau taktau ke?". Aku ingat dia dah tau sebab semalamnya aku dah buat status pasal aku dapat pergi Terengganu tu. Macam biasa, meleleh air mata dia. Kesian aku tengok. Act, dia sokong aku nak pindah. Tapi  yelahh, kitorang dah jadi kawan baik. Tahun ni baru rapat. Duduk sebelah dia pulak tu. Okay ;'(

           Lepas habis lari, ingatkan nak bagi tahu Puan Hamimah yang aku pindah since aku memang rapat dengan dia. Masuk je ko-op dia dah tanya "Ai Nisa, pindah ke?". "Laa cikgu dah tahu ke?" Saya baru nak surprise". "Hmm semalam Puan Jamilah bagi tahu. Dia kata semua orang-orang penting Pengakap nak pindah. Yang tinggal cuma budak-budak yang kurang aktif je. Yang tak pergi camping, tak pergi jambori". "Alaa cikgu, Safa pun aktif apa". "Yalah, harapkan dia sorang je la. Sekarang ni Izzuren je yang tinggal. Saya tgk dia pun macam taknak perform dah". Aku speechless. Taktau dah nak tegakkan benang yang basah. "Ohh haa,awak dapat mana? Sembrong ehhh?". "Ehhh takdelah cikgu. Saya dapat kat Terengganu". "Haaaaaa? Jauhnya". Terus menangis dia aku cakap kau. Aku pun terikut sekali nangis. Mungkin dia pun tak sangka yang aku dapat jauh sangat. Ketawa dia sambil nangis, "Nasib baik dah pergi jambori haritu kan?" . Hahahah okay. Pastu dia peluk aku kuat-kuat. Aku cakap, "Cikgu, jom ikut saya pindah Setiu". "Haa jom jom hahah". Okay terharu gila. Then dia nak belanja aku Cornetto tapi habis pulak. So amek je la aiskrim lain. Hahaha. Tak sempat la nak upload gmbr merentas desa. Internet lembab. Hahah. Kbaiiii :)


No comments:

Post a Comment