Random talk



Huarghhh! Hai semua. Derh, after 3 months naik Form 5 barulah dapt main2 dengan keyboard nak update blog kesepian ni. Okay, as well, Form 5 memang semput. Tapi aku still watlek watpeace je. Teruk punya orang kan? Kadang-kadang tu bukan apa, aku rasa aku bukan Form 5. Yes, dari segi homework tinggi Gunung Kathmandu, club task, kawad memang nampak lah jugak macam Form 5. Dari segi semangat nak belajar, semangat nak study, semnagat nak masuk U, zero wehh zero. Kadang-kadang aku adelah sikit rasa insaf bila tengok manusia-manusia SAIS dalam zon rajin. Haa masa tu memang jeles ah kan nak rajin jugak. Tapi, bila time masa nak jadi rajin tu, ada je benda lain mengacau, hw bertambung, cikgu masuk kelas, mengantuk & paling tak tahannya tetibe malas balik. ==''


         
       Ehh serious ahh kalau ada drugs yang boleh buat aku rajin. Memang aku dah amek la. Pelik tau, buku latihan memang berlambak & aku memang dah tau, manusia jenis aku ni kena ada latihan baru ingat topik tu. Notes? Buat je. Baca tak. Pocket notes? Buat jugak, pastu hilang tah mana. Waaaaaaa. Pathetic gyle hidup. ;'(

      And now, plan aku masa cuti nak search internet la utk certain topics yang aku tak faham like Phy & Bio. Tapi bukan harini kot, harini nak pulun habis-habis segala enjoyness. Err tapi esok aku ingat nak update pasal sekolah alang-alang dah dapat camera baru ni. Hahaha. Takleh nak bajet lagi ke kak ayat tu? Derhhh~

    Okay, ehh perasan tak aku tak pernah kan post something about feeling-feeling, jiwang-jiwang segala bagai ni? Hahaha. Okay fyi, aku ni memang keras sikit kalau masuk bab jiwang ni. Keras & hipokrit kot. Keras, sebab aku ni kalau bab jiwang memang aku lantak kau. Takde perasaan tu mungkin sikit kot, satu lagi aku geli ahh. Hahaha :S Hipokrit, yup memang aku hipokrit. Contoh la aku suka someone, aku buat-buat macam aku tak suka dia. Contoh lain, ada orang suka kat aku (err tolong skip part ni), aku buat-buat tak tau yang dia suka. Hahaha sengal dah bye.



            Aku tak tahu la aku nak cakap pasal ape & ape sebenarnya point yang aku nak cakap ni. Tapi apa yang aku nak cakap ni serious dari hati aku. Eee mencik la touching2 gini. =='' Okay, for me couple time sekolah ni such a waste. Serious doe, wasting time, money, even energy. Ye lah, mak bapak korang sibuk suruh korang take care pasal pelajaran korang. Korang? Sibuk take care pasal dia. Macam dia tu takde sape nak jaga (except kes anak yatim). Okay aku tau kita manusia ni ada sifat care kat orang kan. Cuma takyah nak lelebih sangat. Aku memang nak gelak ahh kalau tengok manusia over macam boyfie risau kat girlfie macam la girlfie dia tu nak beranak. Sampai takleh fikir rasional, sampai sume benda tak boleh carry on. Tolonglah. Pastu, bila dah break mula ah suruh pulang balik barang yang dia dah kasi, suruh bayar balik harga yang dia dah laburkan untuk si dia. Derhh sengal~ Hmmh, manusia kan?

     Okay, yang tu aku just nak cakap secara overall je. Ni kes specific, Okay, girl ni kita panggil G. Boy kita B. Best friend boy kita panggil F. G ni jenis rapat dengan semua orang yang dia boleh masuk. Termasuk B & F. Pastu, B ni tersuka pula kat G. G nak buat apa? Biar je la. Takkan nak ehh kau takleh suka aku. Kau kena suka aku lepas habis sekolah. Takleh kan? G pun biar je B ni nak berbaik dengan dia, care, bagi hadiah whatever kat dia sebab dia memang jenis tak kesah. F ni pulak menyokong la ape si B ni buat. Yelahh, seorang kawan kan kena support ape kawan dia buat. Yang bermasalahnya, B ni perasan sangat pergi cakap kat orang yang dia couple dengan G. Bila orang tanya, G pelik & cakap lah dia dengan B just friend. Yelahh G tak pernah declare pun yang dia couple dengan B. Derhh~ Dalam masa yang sama, F pun rapat dengan G. First, sebab dia jadi orang tengah. Sec, dia memang rapat dengan G. G pulak lebih sekepala dengan F berbanding dengan B. Tapi G tau F dah ada girlfie & setia gyle kat girlfie dia. Sebab tu G rasa tak salah kalau nak rapat dengan F pun.



        Tapi kan, B ni rasa tergugat, dia rasa yang G ni mainkan hati dia & rasa F nak rampas G daripada dia. Slowly, hubungan B dengan diorang makin renggang. Tambah pulak B ni ada masalah socialize yang lain. Fikiran dia serabut and all his action is such irrational. Btw, F sayang kat B, dia tak nak pun gaduh sebab perempuan dengan B. Tapi B terus dengan kepala hotak dia. Dalam masa yang sama G usaha la dengan F nak baik semula dengan B. Tapi apa pun tak boleh. At last, disebabkan kebodohan dan ketidakmatangan B, dia hilang dua manusia yang dia sayang. Hmmh, manusia kan?


     Okay, itulah kita kalau suka kat orang, ingatlah Allah. Jangan suka berdasarkan nafsu. Sayanglah seseorang itu kerana Allah. Kalau cinta kita tu tak berbalas, kita masih ada Allah. Kita takkan buat benda bodoh disebabkan benda kecil macam itu. Kita kena percaya dengan jodoh kan?. Macam mana jauh pun kita dengan orang yang kita sayang, macam mana benci pun kita kat seseorang tu. Kalau itu jodoh kita, insya-Allah, at last tetap bersama. Okay point aku ni je, aku serabut bab-bab couple ni. Yelah, belum tentu boyfie kita tu jadi suami kita. Belum tentu, girlfie kita tu isteri dunia akhirat kita rite? So, takyah la fikir sangat benda-benda yang menyesakkan kepala otak ni. Relax je. Just go with the flow. Okay? =)



Credit : Google Images

No comments:

Post a Comment