December's prank & party (must read)

Assalamualaikum.

Okay, you know what dari dulu lagi aku selalu menyesal kenapa aku dilahirkan bulan Disember. Sebab? Cuti sekolah bulan Disember. If there is school holiday means there is no birthday party. Okay takdelah nak berparti sangat pun. Cuma kadang-kadang nak sangat celebrate birthday dengan kawan-kawan. Masa sekolah rendah aku jealous dengan certain people yang bawak plastik besar gedabak pastu passing jajan kat satu kelas. Kenapa? Sebab masa tu birthday dia. Hahaha serious wehh. Mungkin budak lahir bulan Disember je kot faham perasaan ni.

       Lepas itu, kalau lahir bulan Disember mesti kitalah yang jadi adik dalam kelas tu or whatever geng yang korang masuk la. Hahaha kadang-kadang rasa macam menyampah pulak jadi manusia yang dok last sekali. Tapi sebenarnya best tau. Sebab? Kita yang terawet muda antara geng-geng kita tu. Kuikuikui ~

     Then, mungkin Allah nak tunjuk something kat aku. That's why dia hantar aku kat SM Sains Setiu, Terengganu (SAIS) ni. Yup, sebab kat sini aku jumpa ramai lagi yang beranak lagi lambat dari aku. So, feeling-feeling nak jadi adik tu kena buang awal-awal lagi sebab memang ramai sangat yang lahir bulan 12.

Hazmi - 2/12
Me - 3/12
Nazmi - 5/12
Huda / Walia / Arif Aizat - 13/12
Mijah - 19/12
Wawa - 21/12
Hanim - 30/12

     Then, kat SAIS ni ada dua budak special yang lahir 1/1/1997. So automatically dorang Fivers walaupun sepatutnya F4. Pijie & Pe'e. Okay rupanya ramai adik aku kat SAIS ni. Hohoho~

     Okay, masa bulan 2 haritu kitorang sambut bday Syerah. Well, dah nama school life. Each birthday, a prank is a must. Hohoho ~ Act, bday dia hari Sabtu, tapi masa tu kitorang nak outing. So, Syerah pun call la mak dia suruh datang hari Jumaat. Nak sambut bday awal la gamaknyerr. The prank? Aku pakat dengan mak Syerah, suruh dia cakap yang dia busy hari Jumaat tu. Hohoho muncung sedepa Syerah masa tu. Kitorang sume dah senyum jahat dah. Pastu lepas usrah kat surau, aku pun sorok la mak Syerah kat kelas Nafis. Hehehe. Masa tu budak laki baru balik solat Jumaat. Dah pesan dah kat Nick, Shafiq & Ameer yang kitorang nak sambut bday Syerah masa tu. Then, aku & Wawa pun bawa Syerah pergi kelas. Hahaha meleleh terus dia masa tu. Masa tu mak Syerah bawak Secret Recipe. So, ambil syarat sambut bday Nick sekali lah yang sepatutnya 2 hari lepas tu.

     Prank Zana - boleh tengok sini


Prank aku, Wawa & Hanim yang diberanakkan bulan Disember ni?

      Okay hari tu ada ceramah pasal nak buat resume. Macam biasa, disebabkan semangat assabiah kitorang ni kuat sangat, so bila ada event apa-apa kat hall mesti duduk sederet, tak sederet pun sekelompok. Then, masa tu aku duduk antara Zana & Syerah. Okay sebelum rehat, line clear. Lepas rehat, mek Zana & mek Syerah ni dok bergaduh. Mek ni dok kata mek tu, mek tu dok kata mek ni. Aku, Hanim & Wawa dah naik pening kenapa dorang gaduh. Sebab, apa-apa masalah kitorang share sama-sama So, kalau nak gaduh, haruslah kitorang pun gaduh sekali. Yang peliknya dorang gaduh tapi muka macam nak tahan ketawa, nak tahan berak pun ada jugak la kot. Hanim pun cakap ah "Ohh dorang ni gurau-gurau je". Pastu bila benda tu berlarutan, aku dah rasa benda ni serious.

         So, lepas rehat tu, aku suruh Hanim duduk sebelah aku & Syerah Zana duduk antara kitorang. Sebab aku serabut nak handle masalah dorang yang dok bergaduh tapi masing-masing dok tahan ketawa. Pulak tu siap main passing2 kertas lagi. Sorang lukis gambar manusia gumuks. Sorang lukis gambar manusia gigi besorr. Aku & Hanim ni surrender je la perangai sekor-sekor tu.

      Kemuncaknya, masa habis ceramah tu kitorang singgah kelas jap. Nak ambil barang katanya mereka tu. Lepas tu Syerah ni jerit ah " Bakpo awok oyak ko dio? (Kenapa kau bagitau dia?)" . Zana balas " Dah skati saya la nak cakap apa kat dia. Awak sebok kenapa?". " Eehh awok ni keaaa ! (Kau ni kannn!)" . Aku, Hanim, Wawa dah pelik dah, apekehal ni? Bagitau apa? Bagitau sape? Pasal apa? Ahh lantakkan, pastu kitorang pun cakap " Ehh pelik la bulan 2 & bulan 4 ni, haihh bulan 12 je steady. Yeayy kita bulan 12" Then, kitorang buat tangan macam kat bawah ni sama-sama. Aku pun tak tau nak describe macam mana. Lukis jelahh. Sementara tu, Syerah & Zana sibuk dok bergusti sesama sendiri sambil diperhatikan oleh Bakri & Pijie.
    Sampai kat kelas Sina, Zana & Syerah masuk kelas tu & sambung pertengkaran, pertelingkahan, & pergaduhan dorang. Haihh drama ape lagi lah dorang ni? DUMMM ! Tengok-tengok Syerah jatuh kena tolak dengan Zana, pehh parah siott siap main tangan ni. Tadi dok bergusti manja-manja. Ni main kasar pulak. Pastu Syerah jerit sekali & lari dengan air mata meleleh. Hanim & Wawa dok kejar la si Syerah ni. Hindustan katanya. Mula-mula aku nak pergi kat Syerah, tapi aku fikir jugak si Zana ni pun nak kena jaga jugak. Kang dok terasa hati lagi parah kan? Aku pun tanya " Amende masalah ko ni haa? Nak main tolak-tolak pulak. Orang tanya kenapa bukan reti nak jawab. Tak faham betul la aku ko ni!" Opps, ni bukan tanya, ni lebih kepada tanda-tanda nak meletup. Hahaha bila ingat balik rasa bersalah pulak kat mek Zana nehh. Then, Zana dengan muka flippers ni pun jawab " Skati aku ah. Padan muka perempuan tu. Hehh!" Ohh lupa nak tambah effect, dengan senyum devil dia. Aku senyap, memang nak balas lagi. Tapi aku tak suka main gaduh-gaduh mulut. Sebab takut tangan aku naik sekali, so senyap jelahh.

       Masa tu ikutkan hati yang suci murni memang nak solat Asar kat surau, tapi takde air. Syera pulak teruskan niat suci murni dia tu dengan terus stretttt pergi surau. Aku, Hanim & Wawa dah malas nak layan. Takut nak mandi kang takde air pulak. Btw, aku nak sambung baca novel. Kuikuikui ~ Tapi yang peliknya Zana ni heading jugak pergi surau. Hehh jangan cakap nak sambung drama kat surau pulak dah la. Kitorang pun biarkan je la. Dorang punya masalah, dorang settle sendiri. Then lagi sekali main-main tangan macam kat atas tadi " Yayy kita bulan 12. Bulan 12 rilex. Bulan 12 cool. Woooo ~ " Biarkann, geng kitorang memang geng assabiah yang paling teramatlah bising. Hahaha ~

      Lepas selamat mandi tanpa ada air tersekat-sekat, aku pun dok la baca novel dengan hati yang tenang. Btw, Hanim, Wawa & Zana satu dorm, Hijau 3. Aku Biru 1. Syerah Biru 2. Terfikir jugak pasal tadi, tapi rasa macam buang masa ah dok jenguk Zana & Syerah biar dorm masing-masing sederet pun. Tetiba, Syerah masuk dorm aku. Aku translate terus la dialek Klate Syerah ni ehh.

     " Awak jgn marah saya pulak. Sebenarnya saya cite kat Zana yang saya tak suka *&^% ni. Pastu Zana cite pulak kat dia. Saya jadi nak marah la. Saya ingat dia boleh simpan rahsia. Sampai **&^% serang saya tanya pasal tu. Saya malu lahh."

     Aku pun fikir, Zana tak macam tu. Rahsia aku dia simpan. Rahsia dia pun aku simpan. Pelik pulak kenapa Zana tetiba nak jadi setan ni. Mula-mula aku nak fikir yang dorang buat muslihat nak buat prank bday aku, Hanim & Wawa. Tapi cam pelik pulak. " Haa pastu Zana kata dia nak settle kat bilik rekreasi. Dia kata kalau pok-pok (korang) awak nak datang. Datang je laa. Dia takut dia tak boleh nak control marah dia nanti. Cepatlah dia dah tunggu kat sana tu" Aku pun cepat-cepatlah siap. Tak sedar memang kaw-kaw aku diperbodohkan masa tu.

      Then, lalu Hijau 3. Great ! Nasib baik dorang siap awal. Macam tau-tau je. Then, Syerah cite kat Wawa. Aku pulak cite kat Hanim. Sampai bilik rekreasi, nampak Zana dok tidur atas meja. Aku dah menyirap dah masa tu. Kata nak settle, ni dok tido jadah ape pulak la budak ni? So aku stick kat pintu bilik rekreasi. Aku kalau bab-bab gaduh, prefer to be silent. Yup, takut tangan aku naik. Tetiba Zana jerit. " Eeeehhhh yelahh yelahh happy birthday." " Aku, Hanim & Wawa dah pelik. Birthday apa pulak ni? Kebetulan masa tu Birthday Sarah. Tengok keliling bilik rekreasi takde pulak Sarah. Pastu kat belakang tu Zana keluarkan kek. Then, aku, Hanim & Wawa sama-sama realised yang dorang ni sambut birthday kitorang awal. Prank pun awal. Hehhh.

 AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Macam biasa, kitorang menjerit macam orang gila. Melompat-lompat macam orang gila. Peluk masing-masing. Peluk Zana. Peluk Syerah pun macam orang gila. Mana taknya, first time seumur hidup (bagi akulah) ada orang sambut birthday aku, I mean kitorang. Masa tu aku tak boleh fikir. Happy gyle, nak mampos rasa. Haha sorry kasar. Tapi tulah aku rasa. Paling mengharukan, Hanim siap menangis lagi. Hahaha hati lembut katanya. Aku? Err bye. Then, siap ada air cincau lagi. Kenapa air cincau? First, sebab susah nak cari smoothies or ice-blended kat SAIS ni. Heheh ~ Second, Zana & Syera ni memang hantu air cincau seantero dunia. Hahh padan sangat lah tuu. Tak lahap masa tu terus sebab Wawa tengah puasa. So, kitorang pun ikutlah Wawa berbuka sekali dengan air cincau tu. Hehehe~ Ni lah dinamakan kita buddies takkan terpisah.
Weeee ~

       Then, malam tu lepas prep niatnya nak study Sejarah. Tapi ketepikan sekejap sebab nak sambut birthday kitorang. Hehehe ~




Act, Zana dah lama dah plan benda ni dengan Syerah tapi Syerah selalu lupa nak beli kek bila balik bermalam. Then masa ni, baru lepas balik raya haji. Tak silap aku, our last balik bermalam kot. Then, Zana pun minta nombor Syerah dari Wawa. Plan asal dorang nak sambut awal sikit. Tapi tak best la pulak kalau takde prank kan? Nak beli kek yang ada icing lebih-lebih pun takut cepat rosak. Then, Syerah kata better dia beli kek pisang yang panjang dalam plastik je. Zana dah tak terkata apa sebab Syerah je paling dekat dengan sekolah. So, ape-apehal senang Syerah je yang beli. Hohoho  sebbaekk Syerah ni fikir panjang & beli kek err pandan kot ni. Kan aku dah kata, aku reti melahap je. Hehehe~



The earlier birthday girls. Yayyy !
Muka happy nak mamm. Hanim, Wawa, NZ


Nampak tak hadiah chumels-chumels tu. Tu sume penaja yang sediakan. Thanks Miss Zana & Mrs. Nick. Memang aku tak boleh lupa benda ni sampai liang lahad. Nak tau ape hadiah dalam tu? Let's cekidaooot !


Cehhh macam buka harta karun gamaknyerrr ~


Wawa ~


Muka excited first time dapat hadiah ehh budak? hewwheww ~


TARAAAAAA !


Syerah kata dia bagi hadiah setiap sorang lain-lain. Dia bagi hadiah ikut personaliti masing-masing. Hehh gapo plop mek klate ni? Hahaha. So, kitorang tak boleh nak merungutlah sebab dapat hadiah yang kitorang tak suka ke apa. Takdir katanya.



Zana bagi kerongsang chumels-chumels ni kat kitorang. Dua setiap sorang. Katanya nak pakai masa dinner SAIS. Okay tengok betul-betul baru dapat cari kerongsang ni kat tudung kitorang. hohoho ~


Okay first, my present. DLSR mini? Hohoho comel kannn? Act, tu sebenarnya thumbdrive. Cute nak mamm kauuu. Menjerit aku masa ni. Act, thumbdrive ni Syera nak buat hadiah Nick tang birthday dia masa bulan 2 dulu. Pastu batal laa sebab mak Syerah suruh bagi thumbdrive bentuk gitar sebab sesuai dengan jiwa Nick yang rockers. Katanya. Hahh restu mak mentua abe Nikk wehh. Hahaha. Okay yang aku ni pulak tak habis-habis dok cakap cantiknya, lawanya, cutenya, mana awak beli syerah, berape syerah, bestnya syerah ada benda ni. Agaknya Syerah bosan kot dengar aku dok puji-puji natang tu. So, dia pun bagi la kat aku. Ohoho so sweet of you la Syerahh ! Mmmuah. Then, dia kasi sarung henpon yang chumels tu. Yang aku musykilnya, kenapa warna pink? Pastu Syerah text beberapa hari lepas, pink sebab aku ni perempuan. Patung anjing sebab aku ni garang macam anjing gamaknyerr. Hehh nice statement =='



Wawa's. Okay ni comel jugak. Sepit rambut & getah rambut. Hohoho girly gitu. Lagi satu, kipas. Hehh? Err mungkin taktau nak bagi hape dah kot. Hahh bagilah kipas kat dia. Oh lupa pulak pasal gambar tu. Act, gambar tu sebenarnya masa bday Syerah. Semua ada masa tu. Mak Syerah, Yuyu (adik) & Falin pun ada sekali masa dalam gambar tu.


Hanim. Okay you can judge the body by the food now. Hahaha ~ Syerahh, pandai u pilih hadiah ikut personaliti kann? hewwheww ~



        Apa-apa pun, thanks Zana & Syerah. Gila tak jadi lakonan dorang. Hampir kantoi pun ada dengan Hanim. Yelaa, Hanim yang susah nak dikenakan pun boleh terkena. Apetah aku yang memang senang percaya cakap orang ni. Err ayat apa ni makcik? Hahaha ~ Hopefully, boleh buat prank lain pulak tahun depan. Aku terfikir, apa kata buat prank datang rumah birthday girl tu tiba-tiba. Hmm, kita tengok siapa yang terkena. Yang pasti bukan akulah. Hewwheww ~

4 comments: