Welcome back to school budak-budak-budak !

Assalamualaikum !

Hokehh budak-budak kita sekarang dalam zon kembali ke sekolah ! Gembira? Hahahah. Mungkin ada yang rasa macam tu, tapi aku tau memang ramai yang tak puas lagi cuti. Takpe takpe, bulan 3 nanti ada cuti pulak. Sabaq naa sabaq.

         For those guys yang PBSMR & SPM tahun depan, GOOD LUCK ! Bagi yang dah berjaya PMR tu, CONGRATES! Tapi result korang tu sikit pun tak boleh dibanggakan masa naik Form 4 nanti. Serious! Tang Form 4 nanti toksah dok jaja la cerita korang dapat stret A, sebab masa itu taraf korang semua sama je dengan budak-budak yang dapat stret E. Maaf sebab terkasar, tapi itu semua normal. Bagi yang tak dapat stret A tu, LA TAHZAN ! Tak dapat stret A bukan bermakna korang bod*h / beng*p / lemb*b, bukan bukan bukan ! Itu semua ujian Allah.  Mungkin kalau korang dapat stret A, korang akan jadi riak/takbur/sombong? Lepas tu, tang SPM korang tak tak perform. Haa mana lagi sedih? Sooooo don't you worry, don't you worry childdddd, see Allah got a plan for youuuu! *Swedish Mafia House* (hehh?)

     Sebenarnya tengah mood nak pi sekolah (walaupun haku tak pi sekolah hewwheww) adalah terdetik nak buat tips-tips belajar berkesan. Err tak berkesan mana pun. Depends pada diri masing-masing. Okay aku bukan best student dan mungkin cara aku belajar tak sama dengan cara korang. Tapi aku tak kira, aku nak buat juga. Peace ! Hehhe.

      Kadang-kadang bila aku search Mr. Google. Memang banyak tips-tips pembelajaran berkesan, tips-tips menjadi pelajar cemerlang hentahpapelagilahh. Seriously aku tak boleh nak ikut. Hohoho~ Kenapa? Okay kita ambil contohlahh, dia suruh Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas SO? Nak buat apa? Kung fu? Tai chi nak lawan angan-angan kosong & sifat malas tu? Hahaha. Hapo-hapolahh. Lagipun, skema sangatlah cara itu. Hewwheww maap maap. For me, everything dalam hidup aku sempoi & sambil lewa. Yup, aku jenis melantakkan je apa yang jadi & tak cerewet. Senang kata malas nak ambil tahu & just go with the flow. AWAS! Ini perangai yang paling bahaya okay. And I'm in the process nak jadi seorang yang bersungguh-sungguh. Tapi sifat tu hanya bertahan 15 minit lepas belajar. Lepas tu krohh krohh zzZZ zzZZ.
.
.
.
.
.
.


      1. Niat kerana Allah
FYI,niat adalah separuh daripada Islam. Sebelum kita start menuntut ilmu, dalam hati kena niat yang kita nak belajar kerana Allah. Nak dapat syurga-Nya. Pernah dengar satu hadis?

"Jika kau inginkan dunia, tuntutlah ilmu. Jika kau inginkan akhirat, tuntulah ilmu. Jika kau inginkan kedua-duanya maka tuntulah ilmu.

 Daripada hadis tu kita dah nampak yang menuntut ilmu atau dalam bahasa pasar kita belajar ni sangat penting. So, niat untuk belajar pun penting lah. Jangan kita belajar sebab mak kita suruh, sebab ayah dah bayar yuran, sebab crush suka awek/fakzwe pandai. Hohoho~ kalau itulah niat kita, keberkatan mana bhaii?

 Dulu ustazah aku pernah cakap, kalau kita niat yang baik je, Allah dah bagi pahala, belum pahala buat kebaikan lagi kan? Tapi kalau niat kita salah, Allah tak turunkan lagi dosa selagi kita tak buat lagi perkara jahat tu. See? Rahmat Allah terlalu luas. Okay aku bukan pro sangat nak cakap pasal agama ni tapi Rasulullah sendiri pernah bersabda “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." 


2. Doa
As a Muslim wajiblah kita mulakan setiap pekerjaan kita dengan Bismillah & diakhiri dengan Alhamdulillah. Haa gitteww dia segmen tajaan daripada Ustazah Annisa. kuikuikui ~ Kalau korang ada doa-doa tersendiri boleh baca selain baca doa belajar. Kalau aku, aku suruh mama yang tolong doakan. Tapi aku minta doa beliau tang nak exam jahh. Sebab aku tau konpem tiap-tiap hari dia doa untuk aku. Cuma nak suruh dia doa lebih sikit tang exam tu. puiii hahaha~ Korang? Hokaloh konpemlah semua ibu doakan untuk anak dia. Hapodahhh. Btw, Mr. Google ada derma doa sebarang dua tadi.


Doa untuk ingat dengan sekali baca.


Doa untuk elak sifat pemalas


3. All starts at the classroom
Bacalah tips-tips / rahsia-rahsia / secret-secret semua pelajar cemerlang kat dunia ni, konpem dorang akan jawab FOKUS MASA CIKGU MENGAJAR. Yup, sebab masa itu korang akan jumpa benda baru. Benda yang sepatutnya korang ingat sampai bila-bila. Sepatutnyalah. Ignore all the distractor yang ganggu korang even your deskmate. Memang deskmate kita tu biasanya orang yang paling rapat dengan kita. Tapi deskmate kita tu jugak laa yang kita dok berlipur lagha sepanjang masa. Selain itu, kalau korang ada masalah family / chenta / kafelz / kawanz etc. tolonglah ketepikan sekejap. Tak lama pun. Sejam je. Masalah inilah yang biasa ganggu kita tang nak belajar. Aku admit aku pun ada masalah-masalah ni. Err chenta chenta takde la kot. Tapi kita kena control diri sendiri supaya fokus kita kat cikgu tak terjejas

Macam mana nak fokus bhaii? Ada orang kata tengok mulut cikgu sebab setiap perkataan yang keluar tu ibarat mutiara. Takdelah terkeluar pearl sebijik-sebijik dari mulut dia. Perumpamaan jelah tu. Toksah hiperbola sangat hehe ==' Tapi aku tak boleh. Entah sebab terlalu asyik tenung mulut dia sampai tak dengar apa dia cakap. Kalau akulah, aku bagi semua pancaindera aku kat cikgu tu, mata pandang dia, telinga dengar cakap dia,kalau hidung hang boleh bau, baulah perfume dia. kuikuikui~

Nak latih fokus? Ni boleh tengok kat cerita Playful Kiss, ada scene lelaki tu suruh perempuan tu buat titik kecil kat tengah bulatan kat siling. Sebelum tidur, tenung titik tu sampai tertidur. Bagi yang duduk kat asrama boleh lukis kat katil atas (bagi yang katil bawah). Aku tak try lagi benda ni. So, tak pasti tahap keberkesanan dia. Hewwheww.



credit to SBP Gags

4. Homework ft. exercises
Dah cikgu suruh buat homework tu. Buat jelaa. Aku admit aku pun malas jugak nak buat homework. Tapi aku terkesan dengan kata-kata Cikgu Zarina, "Cikgu bagi awak ilmu, tapi awak tepis ilmu tu. Haa tak buat homework, tidur masa cikgu mengajar tu samalah dengan menepis ilmu" Tapi masa tu aku tak boleh nak buat apa-apa dah sebab SPM just around the corner. Dah nak SPM mana ada homework segala bagai ni.

Exercises? Yup, seronok sebenarnya buat exercises sebab benda ni melatih otak kita. Tak perlu beli buku exercises mahal-mahal. Cukup beli Past Year Question & SBP Past Year Question (depends on masing-masing). Sebab beli SBP Past Year tu hanya untuk trial SBP je. Trial SBP susah woo~ So bolehlah nak beli SBP Past Year Question in order nak latih minda korang. Lepas buat latihan, rajin-rajinkan tengok skema jawapan. Nak study untuk exam pun hanya based on skema jawapan je.

 FYI, aku lagi suka buat exercise dulu sebelum study. Sebab aku akan rasa tercabar bila tengok jawapan aku banyak salah. (memanglah banyak salah sebab tak study lagi) Tapi bila jawapannya betul aku akan puji diri sendiri dalam hati & ucap 'Alhamdulillah' pun dalam hati. Ini bukan takbur tapi lebih kepada self appreciation gitteww.

5. Malam & stay up?
Tonight, we own the night *The Wanted* K tetiba. As for me, aku suka study malam sebab malam sejuk. K tak masal. Lagi satu sebab tenang. Kalau dorm bising aku pakai headphone lepas tu pasang MP3 kuat-kuat. Sometimes tak masuk jugak bila dengar lagu kuat-kuat ni. So, why not korang tambah zikir or ayat Al-Quran dalam playlist korang? Itu zaman MP3 masih hiduplah. Bila MP3 rosak, aku pakai jugak headphone itu walaupun tak dengar apa-apa. Much better rather than dengar omong-omong kosong dalam dorm because aku senang sangat kena distract dengan perbualan orang lain T__T Itulah dugaan kalau tinggal di asrama. Kena tolerate & suvive walaupun kita tak suka keadaan itu.

Certain orang pandang rendah pada stay up. Tapi aku suka (walaupun senang mengantuk apabila malam membuka tirai dan all those books berlabuh depan mata) T____T  Ada orang suka tidur sampai pukul 3, then bangun, tahajud & terus study sampai Subuh. Ada orang pukul 3 baru tidur. For me, aku lebih suka melayan mood (ada rasa nak nyepak tak? )

6. Nota kecil
Amalkan pergi mana-mana sentiasa bawa nota kecil dalam poket. For me, aku tak berkenan betul tengok nota kat test pad yang berlipat dua tu. Sebab bila aku buat, confirm hilang entah ke mana. (kalau dah tak suka buat, tak perlulah menyampah nak tengok -'-) Hewwheww so jalan penyelesaiannya cari buku nota kecil yang kosong (takde garis-garis) Sebab aku suka melukis & tulis ikut suka hati aku tanpa tersekat oleh garis-garis tersebut. Then, kumpulkan semua nota-nota yang penting dalam satu buku. Nota-nota ni sangat penting kalau korang nak study balik. So, tak perlulah belek satu buku teks kalau dah sebulan tak study. Disebabkan aku pemalas lepastu senang sangat lupa apa yang dihafal, so nota kecil adalah sangat penting untuk aku.


Notebook yang sangat berjasa sepanjang 2013. Sobs. (terharu katanya)

Kalau boleh carilah yang berkulit keras & kecik cenonet supaya taklah terlenyek bila sumbat dalam poket korang

7. Reference books?
Ohh aku paling paling paling paling tak suka beli reference book. Kenapa? Sebab kalau nak beli benda alah ni, korang kena pastikan isi kandungan dia sangat sangat sangat tepat dengan buku teks korang. Tapi aku adalah beli reference book untuk Bio je satu. Itupun lepas cikgu suruh ==' Sebab Bio kan suka menggedik sikit. Setiap point dalam essay korang kena tepat, jitu & padu. Haa gitteww. Hewwheww. Lagi satu, aku recommend beli untuk Physics sebab ada banyak application. Physics kan pentingkan application. Publisher yang aku sarankan ialah Oxford. (hehh ini bukan promoter buku ya anak-anak)

Adakah NZ hanya bergantung pada buku teks semata-mata? Ohhh tak, aku lagi suka direct pergi jumpa sifu sebab semua kata-kata sifu itu lebih tepat, jitu, padu dan paling penting freeeeee. Kalau korang malu jumpa cikgu dalam kelas. Try buat appointment dengan cikgu pada waktu luar kelas. Then korang boleh tanya dia semuaaaaa perkara yang korang tak faham. Kalau otak aku dah tepu tang cikgu mengajar dalam kelas aku lagi suka jumpa cikgu pada waktu luar kelas, then suruh dia ulang balik apa yang dia ajar. Kerana NZ adalah seorang yang pemalu kuikuikui~ Sambil-sambil itu, suruh cikgu tulis pengajaran dorang kat test pad   (cikgu pun penat tau nak tulis kat whiteboard). Aikk tadi kata tak suka guna testpad? Haa lepas lepas tu pandai pandai la salin balik pengajaran cikgu dalam notebook.

Disebabkan capacity kepala hotak haku tak berapa besar sangat (atau tavoleh fakai sangat) so kenalah ulang ulang ulang dan ulang ulang (doploh kali) sampailah melekat kat kepala. Guna cara yang sama untuk  para hafiz hafal Al-Quran

8. Istiqamah
Part ini memang mencabar keimanan. Setiap perkara yang korang buat tapi tak disertakan dengan 'ISTIQAMAH', tak jadi apalah labu. Hmm, macam mana ekk nak kekalkan ke'istiqamah'an supaya berkekalan sepanjang zaman ni? Susah memang susah. Tapi semua bermula dari dalaman. Try bayangkan muka mak ayah kalau korang dah start rasa malas.. Try bayangkan muka pesaing korang kalau korang dah start rasa nak campak je semua buku itu dari tingkap dorm. Sebab? Dengan itu, korang akan rasa lebih bersemangat untuk push usaha korang itu. Ini cara akulah. Terpulang pada cara masing-masing. Apa-apa pun boleyyy.


p/s : Why you no share if you have the others too?

4 comments:

  1. suka sangat tips-tips ni <3 the best tips ever. terima kasih :))

    ReplyDelete
  2. hewwheww thanks kak. kite budak baru belajar jugak heheh.

    ReplyDelete