Assalamualaikum !
Okay disebabkan boring nak mammfozz cuti ni, maka idea nak buat entry pun macam tersekat gamaknyerr. Jadi dengan itu kita haruslah menggunakan barang-barang di sekitar kita untuk meneruskan hidup belog ini Hoyeahhh. Okay okayy dahh dahh, kalau layan dia ni memang tak terbukak lah kotak harta karun kita ni. Okayy ini misi menyelongkar harta karun, bukan mencari harta karunn. So, takdelah peta-peta bagai. Takdelah scene Robin Hood kena tangkap dengan Captain Hook. Takde takde. Semua ah sedia depan mata, tinggal nak review satu-satu je. Hoyeahhh !
Time : Around 12:00 am
Venue : Atas katil (port tengok drama & layan perasaan)
Taraa ! Dan inilah kotak harta karun kita. Problemo?
Aikk? Kata kotak harta karun, ni mana datang pulak kotak julie's ni? Kalau kotak harta karun mesti la kotak kayu coklat yang besar gedabak tuuu, tapi ni kenapa tetiba ada kotak warna finkz (ehh ke fefelz ekk entahh) nehh? Kalau kotak harta karun mesti la ada kunci warna emas blink blink gitu, tapi ni kenapa ada gambar perempuan ikat rambut sebelah tebal, sebelah nipis nehhh?
Ahhh sudah sudah, inilah kotak harta karun version peminat biskut cheese Julie's hokehh? Biarlah cenonet pon, tu pun nasib baik aku tergerak hati nak kumpul semua barang-barang ni. Kalau tak, entah ke mana hala aku letak. Hewwheww. Kenapa tetiba jadi girly-girly simpan barang chomels-chomels nehh? Ehh tak chomels sangat pun. Entah laa, masa habis SPM haritu tengah dok kemas-kemas barang. Tetiba baru terasa precious rupanya alam persekolahan ni. So, rasa macam nak letak setempatlah stuff-stuff dari SAIS ni. Sebelum ni memang nak buat tapi faham-fahamlah SPM lagi penting gamaknyerr. Hewwheww
Okayy, back to the story ~
Hewwheww disebabkan aku ni jadi perantau yang boleh tahan perantau jugak la sebab jauh kot dari Johor nak ke Ganu, so adalah menjadi satu kemestian untuk bawa gambar-gambar family dan manusia-manusia Temenggong Ibrahim Girls School (TIGS) bagi melepaskan kerinduan. Sila faham yang SAIS masih lagi dalam zon pengharaman WeChat, Whatsapp, Instagram etc. Gambar fakzwe? Hewheww rilek brader rilek, aku tak main kafelz-kafelz neh. puiii hahahah. Ehh ehh aku heteroseksual hokehh. Minat-minat biasa lah. Sabaq naa sabaq. Simpan perasaan tu terhadap jodoh yang sebenar. Kuikuikui~
Kunci loker sebagai bukti aku pernah duduk hostel <--kununznya
Okay percaya tak selama aku duduk asrama boleh dikatakan aku tak pernah kunci loker. HAHA. Yup, tak pernah. Yelahh, masa Hari Terbuka Asrama (HTA) & mula-mula masuk SAIS dulu kunci la sebab skema kan? Pastu, takut-takut ada pencuri ke dalam dorm. Yelah, sebelum masuk hostel dah kena rasuk dengan cite-cite pencuri dimana-mana. Hewwheww. Act, aku ni pelupa. Hihi~ First time tak kunci loker, berdebar jugak kat sekolah. Doa jelah masa tu. Lepas dua tiga kali lupa kunci loker, lepas-lepas tu memang tak kunci terus. Alhamdulillah, 2 tahun aku tak kunci loker takde pulak kes curi jadi kat aku. Err sebenarnya tak perasan pun apa barang yang aku hilang. Hapodahhh.
Rantai owl
Okay rantai ni Wada bagi kat TIGS sebelum aku pindah SAIS. Aku pernah pakai sekali je benda ni, itu pun masa dinner EXIT. Lepas lepas tu, tak tau nak pakai bila. hewwheww. Okay disebabkan entry ni pasal barang-barang purba dari SAIS je. Mungkin satu hari nanti aku buat barang-barang purba dari TIGS pulak la ehh?
Tie clip.
Okay sedihnya koleksi haku. Orang lain entah berapa ratuihh dah tie clip dia. Tsk tsk. Okay kalau nak tau memang adat budak SBP kumpul tie clip dari semua SBP. Tapi disebabkan aku ni memang tak pernah kot join HKSBP (Hari Kecemerlangan SBP). So, jaranglah nak merasa jalan-jalan kat SBP lain. Hikhik~ Tie clip SESMA haritu beli masa ada program Out Reach Physics 2012. Masa ada collaboration pengawas SAIS & MOZ@C, ada kirim jugak tie clip MOZA@C dengan Yusuf, tapi malangnya benda tu tercicir sebab aku gantung kat beg. Ciss ~ Act, I'm in the process nak cari tie clip SBP seluruh Malaysia. Wish me luck! hewwheww
Gambar passport !
Okay semua gambar pasport ni aku dapat idea nak kumpul seminggu sebelum cuti sekolah. Masa tu, sibuk minta gambar passport junior. Tengah gawat SPM pun sempat pusing satu aras minta gambar passport gegirls Fivers. Last exam baru dapat kekuatan minta gambar passport budak laki. Hihi. Nanti kalau aku rajin aku buat lah entry pasal semua gambar passport yang hado. Bagi mereka yang cakap "Alah FB kan hado". Aku taknak gambar fb, nak gambar passport jugak! Alasannya gambar passport ni sentimental dia lain sikit. Cehh.
Passport & kad keselamatan SAIS
Okay disebabkan dorang malas nak cari gambar passport so ada yang bagi terus passport & kad keselamatan dia. Semua orang wajib letak gambar dekat dua benda alah ni. Tapi headgirl sendiri tak pernah letak gambar dia. hewwheww. Err aku punya passport & kad keselamatan pun tak ingat letak mana. Hehh
Pencil case from Puan Zarina.
Alhamdulillah I got the highest mark for Biology in mid-term exam. Bukan nak berlagak. Hokaloh ni cerita zaman kegemilangan dulu-dulu laa. Act, aku pun taktau macam mana aku boleh 'ter'tinggi Bio tang ni. Jangan salah faham, aku tak terror pun Bio. Cuma lebih kepada minat kot. Bio je boleh dibanggakan masa ni, yang lain atas tong je hewwheww
Okay loket & sudu Baskin Robbins ni dapat dari Mekah. Okay jakon sangat gamaknyerr tetiba jumpa BR kat Mekah sampai sanggup simpan sudu ni. Hihihi~ Boleh cekidaotttt kat Umrah Trip
Pen & notebook from Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Aku tak pergi pun UTP ni. Masa ni Iqbal & classmates aku yang lain perg Oil Rig Competition kat UTP. Ada pertandingan design benda alah yang korek-korek minyak tu. Haaa gittewww. Kat sana dorang beli lah notebook ni, konon-kononnya macam sagu hati laa untuk classmate diorang. Hewwheww. And I got this from him. Tochehh Iqbal. Kuikuikui ~ Tak dapat pergi UTP pun, dapat barang dari UTP pun boleyyy, ye dak? :3
Okay hadiah birthday from Syahirah & Syazana. Boleh tengok masa December's prank
Keychain from Aisahira.
Masa ni dapat idea nak exchange hadiah antara budak-budak dorm. Tapi yang lain lupa nak bagi hadiah. Takpe takpe,no big deal. Ini pun Ai bagi masa dia dah nak bertolak pergi KL. Nasib baik sempat.
Pengetip kuku from Aina Nawi yang baru balik dari Korea tang tu. Err sadis sebenarnya ceghita patung tu. Sebenarnya siap ada badan & kaki terkangkang lagi (nak tunjuk yang dia tengah kung fu gamaknyer) Tapi bila dapat kat aku, tinggal kepala, mata pun buta sebelah. Ganaihhh benor hang ! pffft -'-
Junior (Amreen) bagi masa dia pergi HKSBP Memanah kat SAHUT.
Badge batch EXIT 1213
Nota Sejarah (Bab 9 F4 : Perkembangan Di Eropah)
Okay korang dah tahu aku ni pemalas kan? Ini boleh dikatakan tahap yang sangat boleh dibanggakan la ni. Dan disebabkan nota ni jugak, aku suka gyle bab ni. Zaman Gelap, Renaissance bagai. Okay padahal pernah baca sekali je. Hewwheww. First & the last nota sejarah yang aku ada. Nak buang tapi sayang. Takpe takpe, boleh tunjuk kat anak cucu nanti kann? puiii
Cards part
Act, aku takdelah berkenan mana dengan junior ni. Cuma memang aku rapat gyle dengan junior F1 yang satu dorm kat Biru 3 masa awal-awal tahun dulu . Then in the midst nak SPM, Fivers kena rombak, baru kitorang terpisah. Hahaha ayat touching gyle. Tapi setiap kali jumpa dengan budak-budak ni, tangan ni rasa gatal je nak cubit sini, cuit sana, tarik tudung ni. Hahaha. Budak-budak ni dah biasa dapat senior yang perangai lagi budak-budak daripada dorang. hewwheww
Okay sampai sekarang taktau junior mana bagi benda ni atas meja aku, try baca tandatangan dia, failed. Btw, thanks adik even akak taktau adik mana yang kasi benda ni. hewwheww.
Sebelum budak-budak ni balik aku sibuk la mencari gambar passport budak junior ni. Lepas tu dengan muka tak malu minta dorang buat kad untuk aku. kihkihkih~ Kononnya macam nak bagi semangat untuk aku nak SPM la neh. hewwheww
Ikhelamiah
Collaboration Ayunni, Jiha, Fatin
Wahieda
Azzariati
Azwaniza
Hewwheww aku minta kad goodluck je. Tak sangka bebudak ni ingat burthday aku masa bulan 12. Dorang pun wish sekali dalam kad tu. Tahun ni jugaklah first time dapat kad birthday. Kalau tak selama ni, birthday, dok sekor je la hangg.
Ohh ni kad raya dari Zana. Mimpi ape tah dia nak jadi sweet tetiba. Masa tu tengah study tengah-tengah malam. Pastu ada orang masuk dorm. Tengok-tengok la dia ni, hulur kad raya siap. Hahha. Lepas tu berusaha gigih jugak la buat kad raya nak balas balik kad Zana ni.
*abaikan perkataan awek Merah 4. biasalah gurauan katanya*
Tengah-tengah kemas barang lepas SPM tetiba jumpa benda ni dalam loker. Hewwheww pandai Mimi letak senyap-senyap dalam loker aku masa tengah gawat SPM. Aku pulak tak terperasan benda ni ada dalam loker. Hewwheww thanks, Mimi .
Pencil case parte
Pencil case ni la paling banyak berbakti tau. Pencil case la yang kita dok usung pegi kelas, balik dorm, pegi makmal, pegi library, balik library. hewwheww
Ni jadah mende pulak bawak syringe pergi sekolah nehh? Siap ada darah-darah sekali. HAHA. Tu pensel la deyy. Comel kann? I brought this from KB Mall. Masa tu cuti raya haji jalan-jalan kat kedai hadiah. Plan nak beli benda lain. Tetiba terpandang benda alah ni, well perempuan ada 9 nafsu kann? Tsk.
Okay, aku admit aku memang suka letak gula-gula dalam pencil case ni sebab aku senang mengantok tang cikgu mengajar. Tak cukup dengan gula-gula aku ada tukang urut kat sebelah. hewwheww nasiblah siapa duduk sebelah aku. Tapi bila dah makan gula-gula tu, plastiknya tetap berkubur kat situ. Entah, aku suka tengok pencil case aku penuh dengan plastik gula-gula hihi ~ Bila dah puas, baru buang semua sekaligus. Okay aku pemalas jaga kebersihan pencil case je, yang lain sume rajin. puiii .
Nescaffe ni pulak ratah masa malam Bio. Malam last, so nak struggle lebih sikit lah kononnya. hewwheww last2, bedal tidur sampai pukul 3 pagi. Hekhek~ Okay so benda ni dah terperam dalam pencil case dari bulan 11 hari tu lagik. Eeeeww! Tu lah padahnya dah habis sekolah. Buku, pencil case, pen blablabla semua dah tak pandang dah. Apa-apa pun, hang banyak berbakti kepada sepanjang musim SPM neh. Thanks, Mr. Nescaffe. Wachaaa !
Lagi satu habit aku, setiap kali exam mesti beli pen baru. Tak kisahlah pen lama dah habis dakwat ke belum. Aku suka lambakkan pencil case aku dengan pen banyak-banyak. Tak kisahlah walaupun dah takde dakwat *boleh buat baling orang kuikuikui* Padahal guna satu jenis je setiap masa. Ehehh~
Okeh tu je. Thanks baca ~
Seronok bila terkenangkan balik kenangan lama. Sekejap menangis. Sekejap ketawa. Geram sekejap.
ReplyDeleteSemua perasaan bercampur baur. =)
Btw, thanks sudi singgah dan follow. Dah follow balik. =)
betul ! school memoris is the best memory kan?
Deletemy pleasure.
thanks jugak sebab baca entry yg pnjg leborrr nehh hewwheww
wahh banyaknya harta karun dia.. anne dulu pun suka kumpul tapi la ni tak tau mana pegi dah harta karun tu.. dah tertanam kot. hehe.. tetiba rindu zaman sekolah..hukhukhuk..
ReplyDeletehahahah. betul2, zaman sekolah laa zaman yang paling kita rindu. cikgu saya siap cakap benda yang nak sangat dia buat, pakai baju sekolah pergi sekolah balik heheh~
Deletebanyak betul harta karun.. huyoo... rindu kat zaman sekolah dulu-dulu :')
ReplyDeleteHohoho ~ orang lain punya banyak lagi kak. heheh saya ni pun dah rindu ~
DeleteSalam Dear... best entri tingat pulak akk kat zaman sekolah dedulu.. rase macam nak kembali ke Alam tu...Rindu zaman sekolah... thnks vist blog akak ... done follow yor blog... follow akak balik yer
ReplyDeletehttp://diarysofzulnas.blogspot.com/
hehe... comel2 brg adik.. akak pun suka simpan brg2 nih.. bila lama2 ase suka je tgk.. ;)
ReplyDeletenice memories to keep :)
ReplyDelete