Kebaboommm!

Assalamualaikum.....

   Jyeah! Akhirnya sampai jugak rumah. Act, aku sepatutnya balik Khamis minggu lepas tapi Jamboree On The Air (JOTA) punya pasal. Tertundalah segala rancangan. Ecehh! Okay, sebenarnya aku frust gyle tak dapat pergi Perhimpunan 2 Juta Belia tu. Aku pun tak faham la kenapa rancangan kena cancle last minute. Memang aku rasa nak lempang-lempang je pihak yang berwajib tu. Grrr! =.=

     Tapi berbaloi jugak ler dapat peringkat antarabangsa JOTA ni. Okay before that, JOTA ni dia cite pasal radio amatur je. So, nanti dia contact radio2 lain guna jalur frekuensi yang ada. Kitorang adelah berbual dengan orang 2juta tu. Tapi mana puas kalau setakat berbual je kan? Haihh. Takpe2, tahun depan ada lagi. Tengok nanti! Hahaha.

     Ape je nak cite pasal JOTA ni? First2 datang memang sumpah boring coz byk pendedahan. Dia bercakap, membebel dan aku tidur kat belakang. Memang terbaik la kan? Tapi at least sambil2 aku tidur tu aku faham jugak ape yang dia nak sampaikan. Hohoho~ Hebat nehh. Tapi bila kita berbual sendiri guna walkie talkie dia. Memang best. Boleh bajet sikit la. Then dia ada kod-kod fonetik, Morse Code && segala jadah kod-kod tu.Aku nak terang pun tak reti. Ni jelah yang aku boleh terangkan.

A-Alpha
B-Bravo
C-Charlie
D-Delta
E-Echo
F-Foxstrot
G-Golf
H-Hotel
I-India
J-Juliet
K-Kilo
L-Lima
M-Mike
N-November
O- Oscar
P-Papa
Q-Quebec
R-Romeo
S-Sierra
T-Tango
U-Uniform
V-Victor
W-Whisky
X-Xray
Y-Yenki
Z-Zulu

Ini kod-kod fonetik yang digunakan kat Malaysia. Contohnya korang nak sebut perkataan 'BLOGGER'. Korang takleh sebut gitu je. So korang kena sebut, 'bravo lima oscar golf golf echo romeo'. Memang panjang tapi tulah cara dia. Kod Morse pendek sikit tapi aku tak hafal. Pening jugak kod Morse ni. Aku cuma ingat 'SOS' je.

S . . .
O _ _ _
S . . .

Maksudnya S tu tiga kali pendek, O tiga kali panjang && S tiga kali pendek semula. Kod Morse ni boleh buat isyarat dengan bunyi, mata, cermin (kalau tersesat dalam hutan), asap (macam orang dulu-dulu berkomunikasi). Lepas tu, ada jugak isyarat guna bendera. Haa yang tu aku tak reti nak tunjuk. Hafal pun tak. Hehehe. Kesimpulannya, apa guna ade internet kalau tak guna? So, selamat mencari dan selamat beramal. Ngee~



P/s : Aku memang sengaja nak hancorkan mid year aku. Rupanya ramai lagi yang berazam sedemikian rupa. Muehehe. Chemist aku 65. Tebaekkk! Yang lain tunggu sekolah pos kat rumah dulu. Gulp! 

No comments:

Post a Comment