Untunglahh masuk Universiti awal gamaknyerrr ye.

Assalamualaikum
 

Aikk? Title cam desperet benor je gayanya. Hahaha. Act, nak ucapkan tahniah lah kepada sesiapa yang dapat masuk universiti awal. Hehh ini ke ayat kau nak ucap tahniah? (review Dream High). Heheh~ Untuk adik-adik baru belajar, walaupun kakak kakak abe abe ni tak dapat result lagi, depa guna result trial kalau korang nak tahu. Cehh macamlah adik-adik ni bengap sangat. Hahh iyolah iyolahh.

       So korang korang dah masuk pompaip nanti jangan malas malas tau. Jangan jadi macam aku tau. Suka benor study last minute gamaknyerr. Suka benor stay up malam malam konon-konon hebat sangat la tu jadi burung hantu. Suka benor watlek watpeace je kalau ada exam kecik kecik macam first year exam, mid year exam, etc. Dilarang sama sekali ikut gaya study aku. Baca boleh, ikut jangan. Lainlah kalau otak korang sama macam aku. Ehhehh~

   Okay yang UPM fast track programme dah buka dah intake dia. Programme ni memanglah niatnya nak mohon haritu walaupun syarat min dia 7A & paling paling bodoh pun B+ je diterima. Aku nih 6A je, ekmet & fizik kot dapat B. BI dapat B+. Tak tahulah aku yang bengap sangat ke teacher yang tanda strict sangat. Padahal masa sekolah rendah dulu, anak murid kesayangan teacher BI kot. Dulu laa. Sekali lagi, zaman kegemilangan dolu-dolu okay. Hahaha masa tu cikgu kanseling suruh mintak je. Haa yang aku ni pulak dok tangguh sampai cuti raya haji. Naik raya haji tanya balik pasal fast track programme ni. Tengok kat meja En. Fakaludin, dah penuh budak-budak hantar form. Ohh baru kutahu kena fotostat sijil bagai. Sijil memang berlambak tapi setakat penyertaan je lah. Hihi~ Pastu banyak pulak tak print nama lagi. Aku pun down ah nak isi fast track ni. Course sains pertanian pulak. Tak minat sangat. Berlagak tak habis-habis. Okay, terlepas satu peluang.


     Then ramai pulak isi form UTP. Alaa yang petronas tu. Aku isi jugak. Biarlahh trial cukup-cukup makan je pun. Hihihi~ Pastu ayah kite kata perempuan ni tak sesuai sangat jadi engi. Act, bukan nak jadi engi pun. Cuma nak tengok flow interview dia macam mana je. Pastu susah pulak la dari Johor nak ke Perak sebab takde sedara-mara sangat situ. Aku pun ikut lah cakap ayah aku. Then, aku tak pergi lah interview masa Educamp kat UTP hari tu. Lepas lagi satu peluang. Hmmph !

   
       Bukan nak tolak rezeki tapi aku adalah solat istikharah sebelum pergi UTP nun. Memang hati aku macam berat je. Nak tunggu mimpi, gelap je semua. Hihihi~ Okehh masih gelap lagi masa depan aku gamaknyerr.


       Insya-Allah aku tunggu form UPU keluar nanti kot. Hmmph ! (feeling determined) Okay, kali ini memang tak boleh sambil lewa. Memang kena fully-hearted isi form tu. Tak boleh nak tak nak je. Tak boleh 50-50 je. Doct tak main la sambil lewa ni kann? Ehhehh~


p/s : Malaysia boleh ! Ohyeahh !


8 comments:

  1. nak study medic ke? :)
    bagus2 akak pun amik medic jugak...tengah clinical year hahahah

    ReplyDelete
  2. iyeke? haa nk pm boleh? nak tye info sikit2.

    ReplyDelete
  3. http://haneulafiqah.blogspot.com/2013/12/hala-tuju-selepas-spm.html

    i hope it helps :)

    ReplyDelete