New year ? (sebenarnya entry sangat lari daripada tajuk) hewwheww~

What people see,  ' New year ', what I see semuaaaa baru. Bhahaha. Terimalah sekolah baru, suasana baru, kasut baru, baju baru, cikgu baru, fakzwe baru (ehh?) , husband baru (woo!) , anak baru (nyepak kanggg) & blablabla. Okay, selangkah kita masuk tahun baru, hopefully semua baru lah gamahnyerr. Hokalohh ayat cliche.

   Macam biasa ayat yang selalu orang pakai tang nak masuk tahun baru ni, azam tahun ni aku nak blablabla. Okay yang teruskan misi dia vagozzzlahh. Tapi yang hanget hanget tapir shizz macam aku ni tak jadi apalah labu. Muahahah. So, hari ini aku taknak kongsi azam aku sebab azam tahun lepas, dua tahun lepas (and the lists go on) masih terperam lagi. Tapi aku nak kongsi impian aku yang selama ini aku idamkan (blink blink) *.* puiii





  • Dulu masa kochik-kochik atau dalam kata lain zaman kecomelan aku aku nak jadi akauntan. Sebab aku suka menulis (taktau lagi ada pekerjaan lain masa itu). Lepas itu, aku telah dihasut oleh ayah aku untuk jadi lawyer sebab gaji besar katanya. Tapi tetiba rasa macam tak best je jadi lawyer. Beberapa tahun selepas itu aku takde cita-cita kejap. Lama-lama baru aku realise yang aku minat medic. Insya-Allah aku akan jadi doktor that one fine day :)
  • Masa schooling time dulu-dulu aku nak sangat masuk pertandingan berlakon & Spell It Right (NST). Hewwheww Tapi tak kesampaian - duhh -'-
  • Teringat dulu masa Form 1, dekat 3 bulan jugak menangis sebab tak dapat pergi SBP / MRSM etc. Hahahah. Semangat berkobar-kobar doe nak masuk asrama. Lepas tak dapat tu menjadi-jadi menangis (pehh hilang macho gua cisss). Why you no control your macho that time ? -'- Lepas kejadian, aku start mengenal erti takdir. Hewwheww. Aku dah mula belajar untuk tidak menangis kalau tak dapat apa yang aku nak. Serious beb. Memang terus aku jaga macho aku sampai sekarang huahua. Then, Alhamdulillah sebab Form 4, Allah bagi rezeki fly pergi Terengganu nun. Peh !


  • I do love photography. So muchy much. Tapi tak pernah further think bout that. Sangat-sangat teringin DSLR. Dalam masa yang sama aku teringin Exilim (Casio) sebab gambar dia sama cantik dengan DSLR dan paling penting senang nak sumbat dalam poket hewwheww.

  • First time bawa auto dari Besut --> Pasir Putih. Masa itu dekat rumah Cek Long aku lah. Itu pun lepas tah berapa puluh kali kena jerit dengan Cek Long hewwheww sebab aku tak tekan brek masa nak belok kat selekoh. So rasa macam Waja itu melayang satt. Wooo. Then lepas itu terus mengidam nak pecut kat highway (tapi mama tak kasi sampai sekarang) T___T
  • Clothes ( typical women's wish) Dushhh!

 





Suka sangat jeans top. Lagi suka yang style kiri itu sebab dia labuh. Paling penting dia tak melekat kat badan. Santai. That's my style. =P

 

Duhhh! Craving for these coats. Start suka coat lepas tengok Yoo Hee The Witch & Dream High. Suka tengok style Yoo Hee & Hye Mi. Terasa fefeeling kat oversea gitteww hehheh

  • Shoes? (another typical wish)
 

Aku kureng sikit high heels ni. Kadang-kadang lagi best pakai selipar daripada high heels kan? Aku biasa pakai flat je. Tapi aku suka sneakers / shoes. Smart & funky kan?

  • Novel & comics. Dolu-dolu aku suka novel melayu. Comics itu macam sampingan je (sebab adik suka beli comics senyap-senyap). Tapi bila novel sekarang tak habis-habis cerita pasal mula-mula benci, kena kahwin paksa, bahagia kejap, aikk tetiba datang orang ketiga, then hapuskan orang ketiga tersebut, happy ever after. puiiii . Ohh boring laa, then start suka novel thriller. Macam Ramlee Awang Murshid punya. Teringin jugak sebenarnya nak baca the list of novel Harry Potter & Twilight. Fuhhhh~ Tapi itulah, kelemahan aku, semangat nak habiskan novel english tak se'membara' macam nak habiskan novel melayu. Bhahaha.


  • Love? Hahah itu semua fitrah dude. Siapa cakap hati batu macam aku tak nak berloving-loving? (ehh kau sendiri yang cakap ehh). Bhahahaha~ Okay aku start rasa geli bila dah masuk bab ini. Takpe aku dah sedia baldi tepi aku. puiiii. Macam mana nak mula ek? Okay masa zaman ketidakmatangan aku dulu pun pernah couple juga. Bhahaha. Tapi lepas 2 bulan aku minta break. Sebab? Entah, aku rasa dunia loving-loving ni tak sesuai la. Err entah okay entah. Tapi Alhamdulillah laa kitorang okay je kawan sekarang. Sama-sama realise (ehh aku la realise, dia taktau la) kebangangan couple masa kecik-kecik. 12 years old you know? pffft ==' So, apa plan sekarang? Sekarang aku main minat-minat orang. Bhahaha. Apa future plan? (hehh?) Kahwin laaa. Kahwin muda is better kan? Elak maksiat awal-awal. Kasi setan menangis sampai hujung dunia awal-awal. Yeahh! Pehh result tak keluar lagi. 18 tahun pun belum lagi. Mak aku kata tak apa pasang impian tinggi-tinggi bro. Miahaha ==''
  • Talking about where to go? Memang teringin bro nak pergi tempat Winter Sonata, tengok tulips kat Netherland, baling-baling salji kat Ireland, buat perspective photograph dengan Lynx kat Egypt, shop until me drop kat Paris. Tapi the most yang aku nak buat HAJI. Heeee~ Feeling like ustazah? Tak. Sebab aku nak tebus balik ibadah aku yang kurang bersungguh masa pergi umrah dulu. Bila balik Malaysia, menyesal tak terkata wehh. Entahlah. Aku rasa macam aku ada kekurangan something masa pergi umrah hari itu. Sebab aku takde pula menangis-menangis minta doa. Beb, teringin wehh nak menangis masa kita minta sesuatu dari Allah. Nak rasa syahdunya. Nak rasa bersungguh-sungguhnya kita minta sesuatu daripada Dia. Tapi bila aku balik sini, teringat balik tengok orang lain meleleh air mata peluk Kaabah, meleleh air mata tadah tangan minta doa. Zupp! Aku rasa jahil lagi masa itu. Tsk. ='l

 Happy New Year. Sambut, sambut juga. Pesta, pesta juga. Tapi hopefully takdelah dengar selepas 9 bulan ni, anak haram dikeluarkan secara berjemaah =='



Thanks~

7 comments: